Encik SM Thanneeramalai telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pentadbir Pencen Swasta Malaysia pada 2 Ogos 2021.
Encik SM Thanneeramalai merupakan Pengarah Urusan Thannees Tax Consulting Services Sdn Bhd dan telah berkecimpung dalam bidang percukaian sejak tahun 1980. Beliau sebelum ini merupakan Rakan Kongsi Kanan Cukai di PwC serta Pengarah Urusan Crowe Horwath KL Tax Sdn Bhd.
Encik SM Thanneeramalai mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam mengendalikan isu percukaian yang kompleks, menyelesaikan pertikaian cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Beliau merupakan ahli Chartered Accountants of England and Wales serta Institut Akauntan Malaysia.
Encik SM Thanneeramalai merupakan bekas Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Malaysian Tax Research Foundation. Beliau juga merupakan bekas Presiden Chartered Tax Institute of Malaysia.
