Public Mutual merupakan syarikat amanah saham swasta terbesar di Malaysia. Public Mutual telah menguruskan dana selama lebih 30 tahun dan komited untuk secara konsisten memberikan pulangan jangka sederhana hingga panjang yang melebihi purata bagi semua dananya. Rekod prestasi dana yang baik sepanjang tahun menjadikan Syarikat ini sebagai pengurus dana amanah saham paling banyak menerima anugerah di negara ini, dengan lebih daripada 200 anugerah industri dimenangi sejak tahun 1999. Sebagai anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mematuhi piawaian tinggi integriti kewangan dan tadbir urus korporat kumpulan dalam semua aspek perniagaannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai PRS, sila rujuk Dokumen Pendedahan Penyedia PRS & Lembaran Sorotan Produk di sini.