Hong Leong Asset Management Bhd merupakan sebuah syarikat pengurusan aset yang mantap, yang mengedarkan dana unit amanah, dana borong, penyelesaian portfolio tersuai serta Skim Persaraan Swasta (PRS) kepada segmen runcit dan institusi.
Sebagai ahli Hong Leong Group, kami mempunyai kelebihan memanfaatkan input bernilai melalui kepelbagaian perniagaan, sumber dan pengalaman serantau Kumpulan. Hong Leong Group berpangkalan di Malaysia dengan perniagaan yang pelbagai dalam bidang perbankan dan perkhidmatan kewangan, pembuatan dan pengedaran, pembangunan dan pelaburan hartanah, hospitaliti dan rekreasi, serta pelaburan prinsipal, dengan kehadiran di Asia Utara dan Asia Tenggara, Eropah Barat dan United Kingdom, Amerika Utara serta Oceania.
Salah satu kelebihan menjadi sebahagian daripada kumpulan konglomerat ialah pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap perubahan dalam pasaran dan persekitaran ekonomi. Pendedahan Kumpulan dalam pelbagai sektor membolehkan anak-anak syarikatnya memperoleh akses maklumat yang lebih mudah, pantas dan menyeluruh merentasi semua sektor. Ini memainkan peranan dalam proses pengurusan dana untuk menilai implikasi perubahan tersebut terhadap hasil pelaburan.
Melalui proses pelaburan yang berdisiplin dan sistematik, kami berhasrat untuk mengenal pasti dan melabur dalam syarikat yang mempunyai daya saing mampan yang bertujuan untuk
Untuk maklumat lanjut mengenai PRS, sila rujuk Dokumen Pendedahan Penyedia PRS & Lembaran Sorotan Produk di sini.