Datuk Syed Hamadah Syed Othman

Pengarah Kepentingan Awam

Datuk Syed Hamadah Syed Othman telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pentadbir Pencen Swasta Malaysia pada 15 Mac 2022.

Datuk Syed ialah pengarah dan rakan kongsi di Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd. Beliau mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pencen, keselamatan sosial dan faedah pekerja. Beliau pakar dalam perundingan dengan syarikat multinasional dan organisasi tempatan mengenai reka bentuk pencen, pembiayaan, perakaunan pencen, penggabungan dan pengambilalihan.

Pengalaman beliau termasuk menjadi ahli pasukan perunding antarabangsa mengenai semakan pencen, keselamatan sosial dan pembiayaan penjagaan kesihatan di Malaysia. Kepakaran beliau dicari untuk memberi nasihat tentang kemampanan kewangan dana pencen dan keselamatan sosial, semakan skim faedah persaraan dan pengurusan liabiliti aset.

Datuk Syed merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dari tahun 2018 hingga 2020, sebuah agensi yang bertanggungjawab mengurus dan melabur dana pencen kerajaan untuk faedah jangka panjang pesara kerajaan.

Datuk Syed ialah Felo Fakulti Aktuari dan Felo Persatuan Aktuari Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Matematik Aktuari dan Statistik dari Universiti Heriot Watt, Edinburgh pada tahun 1994.

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.