Dana Ekuiti Strategik Islam PRS Public Mutual (PRS-ISEQF)
Objektif
Pelaburan
Dana ini bertujuan mencapai pertumbuhan modal jangka panjang.
Nota: Jangka panjang merujuk kepada tempoh melebihi 5 tahun.
Sebarang perubahan material terhadap objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan ahli.
Kategori Dana Ekuiti (Patuh Syariah)
Strategi
Pelaburan
PRS-ISEQF berusaha mencapai objektifnya dengan melaburkan 75% hingga 98% daripada Nilai Aset Bersih (NAB) dalam ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah serta skim pelaburan kolektif Islam yang merangkumi portfolio pelbagai saham cip biru patuh Syariah, saham indeks patuh Syariah dan saham pertumbuhan patuh Syariah di pasaran domestik dan pasaran asing terpilih. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam termasuk instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam. Dana ini boleh melabur sehingga 98% daripada NAB dalam pasaran asing.

Kelas Aset Tipikal

  • Ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah, termasuk:
    • Saham cip biru patuh Syariah dan saham indeks patuh Syariah
    • Saham pertumbuhan patuh Syariah
    • Saham patuh Syariah syarikat IPO yang memohon penyenaraian di Pasaran Layak
    • Ekuiti patuh Syariah tidak tersenarai
    • Waran patuh Syariah
  • Skim pelaburan kolektif Islam
  • Sukuk
  • Aset cair Islam termasuk instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam

Lokasi Aset
China, Singapura, Korea Selatan, Indonesia, Jepun, Thailand, Taiwan, Filipina, Hong Kong, Eropah, Malaysia, Amerika Syarikat dan mana-mana pasaran lain yang dibenarkan di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu IOSCO.

Pendekatan Pelaburan

  • Ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah: Pendekatan dari bawah ke atas (bottom-up) dalam proses pemilihan saham yang bergantung kepada penyelidikan fundamental di mana kesihatan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lampau syarikat dinilai.
  • Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam: Peruntukan aset antara sukuk dan instrumen pasaran wang Islam bergantung kepada pertumbuhan ekonomi, trend kadar faedah dan keadaan kecairan pasaran.

Walaupun dana ini diurus secara aktif, kekerapan strategi dagangannya banyak bergantung kepada peluang pasaran.

Peruntukan
Aset
Ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah 75% hingga 98% daripada NAB dana
Baki NAB dana boleh dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam.
Jika prospek pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan kepada ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah boleh dikurangkan di bawah julat yang dinyatakan di atas manakala pendedahan kepada sukuk dan aset cair Islam boleh ditingkatkan sebagai strategi defensif sementara.
Aset asing patuh Syariah Sehingga 98% daripada NAB dana
Penanda Aras
Prestasi
50% FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah Index, 40% indeks tersuai oleh S&P Dow Jones Indices, LLC berdasarkan 100 konstituen teratas mengikut permodalan pasaran bagi S&P Shariah BMI Asia Ex-Japan Index dan 10% kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam (IIMM) 3 bulan.
Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras.
Profil
Ahli
  • Toleran risiko
  • Keutamaan terhadap pertumbuhan modal jangka panjang
Pendedahan
Risiko
Risiko pasaran, Risiko sekuriti khusus, Risiko mata wang, Risiko negara, Risiko kecairan, Risiko berkaitan pelaburan dalam waran, Risiko ketidakpatuhan terhadap keperluan Syariah
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.