| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan mencapai pertumbuhan modal jangka panjang.
Nota: Jangka panjang merujuk kepada tempoh melebihi 5 tahun.
Sebarang perubahan material terhadap objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan ahli. |
|
| Kategori Dana | Ekuiti | |
| Strategi Pelaburan |
PRS-SEQF berusaha mencapai objektifnya dengan melaburkan 75% hingga 98% daripada Nilai Aset Bersih (NAB) dalam ekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti serta skim pelaburan kolektif yang merangkumi portfolio pelbagai saham cip biru, saham indeks dan saham pertumbuhan di pasaran domestik dan pasaran asing terpilih. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Dana ini boleh melabur sehingga 98% daripada NAB dalam pasaran asing.
Kelas Aset Tipikal
China, Singapura, Korea Selatan, Indonesia, Jepun, Thailand, Taiwan, Filipina, Hong Kong, Eropah, Malaysia, Amerika Syarikat dan mana-mana pasaran asing terpilih yang lain. Pendekatan Pelaburan
|
|
| Peruntukan Aset |
Saham atau sekuriti setara saham | 75% hingga 98% daripada NAB dana |
|
Baki NAB dana boleh dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair.
Jika prospek pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan kepada saham atau sekuriti setara saham boleh dikurangkan di bawah julat yang dinyatakan di atas manakala pendedahan kepada bon atau bentuk hutang tersukurit lain, instrumen pasaran wang dan deposit boleh ditingkatkan sebagai strategi defensif sementara.
|
||
| Aset asing | Sehingga 98% daripada NAB dana | |
| Penanda Aras Prestasi |
50% FTSE Bursa Malaysia KLCI, 40% indeks tersuai oleh S&P Dow Jones Indices, LLC berdasarkan 30 konstituen teratas S&P BMI Asia Ex-Japan Index dan 10% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 bulan.
Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras.
|
|
| Profil Ahli |
|
|
| Pendedahan Risiko |
Risiko pasaran, Risiko sekuriti khusus, Risiko mata wang, Risiko kecairan, Risiko kredit, Risiko berkaitan pelaburan dalam waran | |