| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan menjana pendapatan selaras dengan pemeliharaan modal.
Nota: Ini bukan dana yang dijamin modal atau dilindungi modal.
Sebarang perubahan material terhadap objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan ahli. |
| Kategori Dana | Teras (Konservatif) |
| Strategi Pelaburan |
PRS-ICVF berusaha mencapai objektifnya dengan melabur terutamanya dalam saham patuh Syariah atau sekuriti patuh Syariah yang setara dengan saham, dengan baki NAB dana dilaburkan dalam sukuk, instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam. Bagi meningkatkan kepelbagaian, dana ini boleh melabur dalam pasaran domestik serta pasaran asing terpilih.
Kelas Aset Tipikal
Malaysia, China, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, Filipina dan mana-mana pasaran lain yang dibenarkan di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu IOSCO. Pendekatan Pelaburan
|
| Peruntukan Aset |
Dana ini akan melabur terutamanya dalam sukuk dan pada tahap yang lebih rendah dalam ekuiti patuh Syariah. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam aset cair Islam termasuk instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam.
Jika prospek bagi kelas aset berkenaan tidak menggalakkan, pendedahan kepada sukuk dan/atau saham patuh Syariah atau sekuriti patuh Syariah yang setara dengan saham boleh dikurangkan manakala pendedahan kepada instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam boleh ditingkatkan sebagai strategi defensif sementara.
|
| Penanda Aras Prestasi |
Kadar Akaun Pelaburan Am (GIA) 12 bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia.
Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras.
|
| Profil Ahli |
Nota:
* Pengagihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. ** Kumpulan umur mungkin tertakluk kepada perubahan seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa berkaitan dari semasa ke semasa. |
| Pendedahan Risiko |
Risiko sekuriti khusus, Risiko kecairan, Risiko kadar faedah, Risiko kredit, Risiko ketidakpatuhan terhadap keperluan Syariah |