| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dan pada tahap yang lebih rendah, pendapatan.
Nota: Jangka panjang merujuk kepada tempoh melebihi 5 tahun.
Sebarang perubahan material kepada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan ahli. |
| Kategori Dana | Teras (Pertumbuhan) |
| Strategi Pelaburan |
PRS-IGRF berusaha mencapai objektifnya dengan melabur terutamanya dalam saham patuh Syariah atau sekuriti patuh Syariah yang setara dengan saham, dengan baki NAB dana dilaburkan dalam sukuk, instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam. Untuk mencapai kepelbagaian yang lebih tinggi, dana boleh melabur dalam pasaran domestik dan pasaran asing terpilih.
Kelas Aset Tipikal
Lokasi Aset Pendekatan Pelaburan
Memandangkan dana ini diurus secara aktif dan pegangannya mungkin berbeza daripada penanda arasnya, profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras. |
| Peruntukan Aset |
Dana ini akan melabur terutamanya dalam saham patuh Syariah atau sekuriti patuh Syariah yang setara dengan saham. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk, instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam.
Jika prospek pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan kepada saham patuh Syariah atau sekuriti patuh Syariah yang setara dengan saham boleh dikurangkan manakala pendedahan kepada sukuk, instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam boleh ditingkatkan sebagai strategi defensif sementara.
|
| Penanda Aras Prestasi |
35% Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah, 35% indeks tersuai oleh S&P Dow Jones Indices, LLC berdasarkan 100 komponen teratas mengikut permodalan pasaran bagi Indeks S&P Shariah BMI Asia Ex-Japan dan 30% kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam (IIMM) 3 bulan.
Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras.
|
| Profil Ahli |
Nota:
* Pengagihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. ** Kumpulan umur mungkin tertakluk kepada perubahan seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa berkaitan dari semasa ke semasa. |
| Pendedahan Risiko |
Risiko pasaran, Risiko sekuriti tertentu, Risiko mata wang, Risiko negara, Risiko kecairan, Risiko berkaitan pelaburan dalam waran patuh Syariah, Risiko ketidakpatuhan terhadap keperluan Syariah |