| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan untuk menjana pendapatan dan pertumbuhan modal dalam jangka panjang melalui pendekatan peruntukan aset yang seimbang.
Nota: Ini bukan dana yang dijamin modal atau dilindungi modal.
Sebarang perubahan material terhadap objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan ahli. |
| Kategori Dana | Teras (Sederhana) |
| Strategi Pelaburan |
PRS-IMDF berusaha mencapai objektifnya dengan mengamalkan pendekatan peruntukan aset yang seimbang antara saham patuh Syariah atau sekuriti patuh Syariah yang setara dengan saham dan sukuk, dengan baki NAB dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam. Untuk mencapai kepelbagaian yang lebih tinggi, dana ini boleh melabur dalam pasaran domestik serta pasaran asing terpilih.
Kelas Aset Tipikal
Lokasi Aset Pendekatan Pelaburan
Memandangkan dana ini diurus secara aktif dan pegangan dana mungkin berbeza daripada penanda arasnya, profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras. |
| Peruntukan Aset |
Dana ini akan mengamalkan pendekatan peruntukan aset yang seimbang antara saham patuh Syariah atau sekuriti patuh Syariah yang setara dengan saham dan sukuk. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam.
Jika prospek pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan kepada saham patuh Syariah atau sekuriti patuh Syariah yang setara dengan saham boleh dikurangkan manakala pendedahan kepada sukuk, instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam boleh ditingkatkan sebagai strategi defensif sementara.
|
| Penanda Aras Prestasi |
30% FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah Index, 30% indeks tersuai oleh S&P Dow Jones Indices, LLC berdasarkan 100 konstituen teratas mengikut permodalan pasaran bagi S&P Shariah BMI Asia Ex-Japan Index dan 40% kadar IIMM 3 bulan.
Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras.
|
| Profil Ahli |
Nota:
* Pengagihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. ** Kumpulan umur mungkin tertakluk kepada perubahan seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa berkaitan dari semasa ke semasa. |
| Pendedahan Risiko |
Risiko pasaran, Risiko sekuriti khusus, Risiko mata wang, Risiko negara, Risiko kecairan, Risiko kadar faedah, Risiko kredit, Risiko berkaitan pelaburan dalam warant patuh Syariah, Risiko berkaitan pelaburan dalam warant |