| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dan pada tahap yang lebih rendah, pendapatan.
Nota: Jangka panjang merujuk kepada tempoh melebihi 5 tahun.
Sebarang perubahan material kepada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan ahli. |
| Kategori Dana | Teras (Pertumbuhan) |
| Strategi Pelaburan |
PRS-GRF berusaha mencapai objektifnya dengan melabur terutamanya dalam saham atau sekuriti yang setara dengan saham, dengan baki Nilai Aset Bersih (NAB) dana dilaburkan dalam bon atau bentuk hutang bersekuriti lain, instrumen pasaran wang dan deposit. Bagi mencapai kepelbagaian yang lebih tinggi, dana boleh melabur dalam pasaran domestik dan pasaran asing terpilih.
Kelas Aset Tipikal
Lokasi Aset Pendekatan Pelaburan
Memandangkan dana ini diurus secara aktif dan pegangannya mungkin berbeza daripada penanda arasnya, profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras. |
| Peruntukan Aset |
Dana ini akan melabur terutamanya dalam saham atau sekuriti yang setara dengan saham. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam bon atau bentuk hutang bersekuriti lain, instrumen pasaran wang dan deposit.
Jika prospek pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan kepada saham atau sekuriti yang setara dengan saham boleh dikurangkan manakala pendedahan kepada bon atau bentuk hutang bersekuriti lain, instrumen pasaran wang dan deposit boleh ditingkatkan sebagai strategi defensif sementara.
|
| Penanda Aras Prestasi |
35% indeks tersuai oleh S&P Dow Jones Indices, LLC berdasarkan 30 komponen teratas Indeks S&P BMI Asia Ex-Japan, 35% Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI dan 30% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 bulan.
Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras.
|
| Profil Ahli |
Nota:
* Pengagihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. ** Kumpulan umur mungkin tertakluk kepada perubahan seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa berkaitan dari semasa ke semasa. |
| Pendedahan Risiko |
Risiko pasaran, Risiko sekuriti tertentu, Risiko mata wang, Risiko negara, Risiko kecairan, Risiko berkaitan pelaburan dalam waran patuh Syariah |