| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan menjana pendapatan selaras dengan pemeliharaan modal.
Nota: Ini bukan dana yang dijamin modal atau dilindungi modal.
Sebarang perubahan material terhadap objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan ahli. |
| Kategori Dana | Teras (Konservatif) |
| Strategi Pelaburan |
PRS-CVF berusaha mencapai objektifnya dengan melabur terutamanya dalam sekuriti pendapatan tetap dan pada tahap yang lebih rendah dalam ekuiti. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam aset cair termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Bagi meningkatkan kepelbagaian, dana ini boleh melabur dalam pasaran domestik dan pasaran asing terpilih.
Jika prospek bagi kelas aset berkenaan tidak menggalakkan, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dan/atau ekuiti boleh dikurangkan manakala pendedahan kepada aset cair termasuk instrumen pasaran wang dan deposit boleh ditingkatkan sebagai strategi defensif sementara.
Kelas Aset Tipikal Sekuriti pendapatan tetap yang diberi penarafan sekurang-kurangnya BBB3/P2 oleh RAM Holdings Berhad (RAM) atau penarafan setara oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).
Malaysia, China, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, Filipina dan mana-mana pasaran lain yang dibenarkan di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu IOSCO. Pendekatan Pelaburan
|
| Peruntukan Aset |
Dana ini akan melabur terutamanya dalam sekuriti pendapatan tetap dan pada tahap yang lebih rendah dalam ekuiti. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam aset cair termasuk instrumen pasaran wang dan deposit.
Jika prospek bagi kelas aset berkenaan tidak menggalakkan, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dan/atau ekuiti boleh dikurangkan manakala pendedahan kepada aset cair termasuk instrumen pasaran wang dan deposit boleh ditingkatkan sebagai strategi defensif sementara.
|
| Penanda Aras Prestasi |
Kadar deposit tetap 12 bulan (12-MFD) seperti yang disebut oleh Public Bank Berhad.
Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras.
|
| Profil Ahli |
Nota:
* Pengagihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. ** Kumpulan umur mungkin tertakluk kepada perubahan seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa berkaitan dari semasa ke semasa. |
| Pendedahan Risiko |
Risiko sekuriti khusus, Risiko kecairan, Risiko kadar faedah, Risiko kredit |