Skim Persaraan Swasta Public Mutual – Siri Konvensional

Pemegang Amanah Skim: AmanahRaya Trustees Berhad

Dana PRS Sederhana Public Mutual (PRS-MDF)
Objektif
Pelaburan
Dana ini bertujuan untuk menjana pendapatan dan pertumbuhan modal dalam jangka panjang melalui pendekatan peruntukan aset yang seimbang.
Nota: Jangka panjang merujuk kepada tempoh melebihi 5 tahun.
Sebarang perubahan material terhadap objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan ahli.
Kategori Dana Teras (Sederhana)
Strategi
Pelaburan
PRS-MDF berusaha mencapai objektifnya dengan mengamalkan pendekatan peruntukan aset yang seimbang antara ekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti serta sekuriti pendapatan tetap, dengan baki NAB dana dilaburkan dalam aset cair termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Bagi meningkatkan kepelbagaian, dana ini boleh melabur dalam pasaran domestik dan pasaran asing terpilih.

Kelas Aset Tipikal

  • Sekuriti boleh pindah:
    • Saham dan sekuriti setara saham yang boleh dilaburkan oleh dana termasuk:
      • Saham indeks, saham dividen dan saham pertumbuhan
      • Waran (sehingga 10% daripada NAB)
    • Bon atau bentuk hutang tersukurit lain
  • Saham tidak tersenarai
  • Unit atau saham dalam skim pelaburan kolektif lain
  • Instrumen pasaran wang termasuk akaun pelaburan tanpa sekatan
  • Deposit dengan institusi kewangan domestik dan asing berlesen

Lokasi Aset
Malaysia, China, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, Filipina dan mana-mana pasaran asing terpilih yang lain.

Pendekatan Pelaburan

  • Saham atau sekuriti setara saham: Pendekatan dari bawah ke atas (bottom-up) dalam proses pemilihan saham atau sekuriti setara saham yang bergantung kepada penyelidikan fundamental di mana kesihatan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lampau syarikat dinilai.
  • Skim pelaburan kolektif: Kesesuaian skim pelaburan kolektif akan dinilai bagi memastikan strategi pelaburan skim tersebut sejajar dengan strategi dan objektif pelaburan dana.
  • Bon atau bentuk hutang tersukurit lain dan instrumen pasaran wang: Peruntukan aset antara bon atau bentuk hutang tersukurit lain dan instrumen pasaran wang bergantung kepada pertumbuhan ekonomi, trend kadar faedah dan keadaan kecairan pasaran.

Memandangkan dana ini diurus secara aktif dan pegangan dana mungkin berbeza daripada penanda arasnya, profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras.

Peruntukan
Aset
Dana ini akan mengamalkan pendekatan peruntukan aset yang seimbang antara ekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti serta sekuriti pendapatan tetap. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam aset cair termasuk instrumen pasaran wang dan deposit.
Jika prospek pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan kepada saham atau sekuriti setara saham boleh dikurangkan manakala pendedahan kepada bon atau bentuk hutang tersukurit lain, instrumen pasaran wang dan deposit boleh ditingkatkan sebagai strategi defensif sementara.
Penanda Aras
Prestasi
30% indeks tersuai oleh S&P Dow Jones Indices, LLC berdasarkan 30 konstituen teratas S&P BMI Asia Ex-Japan Index, 30% FTSE Bursa Malaysia KLCI dan 40% KLIBOR 3 bulan.
Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras.
Profil
Ahli
  • Toleransi risiko sederhana
  • Keutamaan terhadap pertumbuhan modal dan pendapatan*
  • Umur 45 hingga bawah 55 tahun jika menyumbang di bawah pilihan lalai**
Nota:
* Pengagihan (jika ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana.
** Kumpulan umur mungkin tertakluk kepada perubahan seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa berkaitan dari semasa ke semasa.
Pendedahan
Risiko
Risiko pasaran, Risiko sekuriti khusus, Risiko mata wang, Risiko negara, Risiko kecairan, Risiko kadar faedah, Risiko kredit, Risiko berkaitan pelaburan dalam waran
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.