Principal Islamic PRS Plus

Scheme Trustee: Deutsche Trustees Malaysia Berhad

Principal Islamic RetireEasy 2030 (iRE30)
Objektif Pelaburan Dana ini bertujuan untuk memberikan jumlah pulangan positif dengan melabur mengikut strategi peruntukan aset.
Kategori Dana Teras – Aset Campuran (Islamic TDF)
Tarikh Sasaran 31 Disember 2030. Dana ini akan matang pada Tarikh Sasaran dan semua Ahli dalam Dana akan ditukar secara automatik ke Principal RetireEasy Income (“iREI”).
Strategi Pelaburan

Dana ini bertujuan untuk memberikan jumlah pulangan positif yang mampan dan meningkatkan jumlah pelaburan dalam jangka panjang dengan persaraan sebagai matlamat utama.

Sub-Pengurus akan membina laluan peralihan (glide path) yang akan memandu peruntukan aset Dana sepanjang tempoh Dana sehingga Tarikh Sasaran. Dalam membina laluan peralihan tersebut, Sub-Pengurus akan mengambil kira pelbagai faktor seperti elemen manusia dan data pasaran.

Peruntukan aset Dana akan berubah secara dinamik dan berperingkat daripada campuran yang lebih agresif kepada campuran yang lebih konservatif apabila Dana menghampiri Tarikh Sasaran, bagi memastikan campuran aset yang bersesuaian dengan umur.

Pada masa ini, pendedahan dicapai terutamanya melalui CIS Islamik (termasuk ETF Islamik dan REIT Islamik). Dana juga boleh menggunakan instrumen derivatif Islamik untuk tujuan lindung nilai, tertakluk kepada GPRS semasa.

Apabila matang, Ahli akan ditukar secara automatik ke Principal Islamic RetireEasy Income untuk memulakan fasa pengeluaran (decumulation).

Peruntukan Aset Sehingga 100% daripada NAB Dana boleh dilaburkan dalam CIS Islamik (termasuk ETF Islamik dan REIT Islamik), ekuiti patuh Syariah, Sukuk, instrumen pasaran wang Islamik dan/atau Deposit Islamik. Walau bagaimanapun:
  • sehingga 40% daripada NAB Dana boleh dilaburkan dalam Sukuk Tidak Dinilai; dan
  • sehingga 10% daripada NAB Dana boleh dilaburkan dalam sekuriti patuh Syariah yang tidak tersenarai.
Penanda Aras Prestasi

Penanda aras adalah untuk tujuan perbandingan prestasi sahaja dan profil risiko Dana tidak sama dengan penanda aras. Pada masa ini, penanda aras bagi iRE30 adalah:

iRE30
MSCI ACWI Islamic NR USD 18%
FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah TR MYR 18%
MSCI AC Asia Islamic ex JPN TR USD 24%
Refinitiv BPAM Sukuk Index MYR 25%
DJ Sukuk TR USD 15%

Memandangkan ini adalah dana jangka panjang, jangkaan pulangan mungkin berubah mengikut keadaan pasaran. Sebarang perubahan akan dipaparkan dalam PHS yang tersedia di laman web Principal Malaysia.

Profil Ahli Dana ini sesuai untuk Ahli yang:
  • ingin melabur dalam portfolio patuh Syariah yang dipelbagaikan dengan risiko bersesuaian umur;
  • berhasrat mencapai pulangan yang baik sambil merancang untuk persaraan;
  • mencari pulangan mampan jangka panjang;
  • tidak mempunyai masa atau pengetahuan untuk menukar dana secara manual;
  • mahukan pelaburan yang mudah dan sesuai untuk persaraan.

Di bawah pilihan Do-It-For-Me (Pilihan Lalai), Dana ini dipilih untuk Ahli yang lahir pada tahun 1968 – 1975.

Pendedahan Risiko Risiko khusus saham, Risiko kredit dan kegagalan bayar, Risiko kadar faedah, Risiko negara, Risiko mata wang, Risiko berkaitan pelaburan dalam waran/opsyen, Risiko berkaitan pelaburan dalam CIS, Risiko berkaitan portfolio tanpa had, Risiko berkaitan TDF, Risiko ketidakpatuhan Syariah
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.