| Objektif Pelaburan | Dana ini bertujuan untuk memberikan jumlah pulangan positif dengan melabur mengikut strategi peruntukan aset. | ||||||||||||
| Kategori Dana | Teras – Aset Campuran (TDF Islamik) | ||||||||||||
| Tarikh Sasaran | 31 Disember 2050. Dana akan matang pada Tarikh Sasaran dan semua Ahli dalam Dana akan ditukar secara automatik ke Principal Islamic RetireEasy Income (“iREI”). | ||||||||||||
| Strategi Pelaburan |
Dana ini bertujuan memberikan jumlah pulangan positif yang mampan serta mengembangkan jumlah pelaburan dalam jangka panjang dengan persaraan sebagai matlamat utama. Sub-Pengurus akan membina laluan pelaburan (glide path) yang akan membimbing peruntukan aset Dana sepanjang tempoh Dana sehingga Tarikh Sasaran, dengan mengambil kira faktor manusia dan pasaran. Peruntukan aset Dana akan berubah secara dinamik dan berperingkat daripada campuran yang lebih agresif kepada campuran yang lebih konservatif apabila Dana menghampiri Tarikh Sasarannya. Pada masa ini, pendedahan dicapai melalui skim pelaburan kolektif Islam (termasuk ETF Islamik dan REIT Islamik). Dana juga boleh menggunakan instrumen derivatif Islam seperti kontrak hadapan Islam dan kontrak hadapan mata wang Islam bagi tujuan lindung nilai, tertakluk kepada GPRS yang berkuat kuasa. Apabila matang, Ahli akan ditukar secara automatik ke Principal Islamic RetireEasy Income untuk memulakan fasa pengeluaran (decumulation). |
||||||||||||
| Peruntukan Aset |
Sehingga 100% daripada NAB Dana boleh dilaburkan dalam skim pelaburan kolektif Islam (termasuk ETF Islamik dan REIT Islamik), ekuiti patuh Syariah, Sukuk, instrumen pasaran wang Islam dan/atau Deposit Islam. Walau bagaimanapun:
|
||||||||||||
| Penanda Aras Prestasi |
Penanda aras adalah untuk tujuan perbandingan prestasi sahaja. Pada masa ini, penanda aras bagi iRE50 adalah:
Memandangkan ini adalah dana jangka panjang, jangkaan pulangan mungkin berubah mengikut keadaan pasaran. Sebarang perubahan akan dicerminkan dalam PHS yang tersedia di laman web Principal Malaysia. |
||||||||||||
| Profil Ahli |
Dana ini sesuai untuk Ahli yang:
Di bawah pilihan Do-It-For-Me (Pilihan Lalai), Dana ini dipilih untuk Ahli yang lahir pada tahun 1986 – 1995. |
||||||||||||
| Pendedahan Risiko | Risiko khusus saham, Risiko kredit dan kegagalan bayar, Risiko kadar faedah, Risiko negara, Risiko mata wang, Risiko berkaitan pelaburan dalam waran/opsyen, Risiko berkaitan pelaburan dalam skim pelaburan kolektif (CIS), Risiko berkaitan portfolio tidak terhad, Risiko berkaitan TDF, Risiko ketidakpatuhan Syariah |