| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan untuk memberikan pertumbuhan modal. | |
| Kategori Dana | Teras (Pertumbuhan) | |
| Strategi Pelaburan |
Bagi mencapai objektif pelaburannya, Dana akan melabur sehingga 100% daripada NAB dalam ekuiti yang tersenarai
di Malaysia dan pasaran asing serta sehingga 50% daripada NAB dalam instrumen pendapatan tetap dan/atau aset cair.
Dana boleh melabur dalam ekuiti asing yang tersenarai di pasaran Asia Pasifik tidak termasuk Jepun (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Malaysia, Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, New Zealand, Korea Selatan, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand) termasuk ekuiti syarikat Asia Pasifik tidak termasuk Jepun yang tersenarai atau didagangkan di pasaran bukan Asia tidak termasuk Jepun. Tiada sekatan akan dikenakan ke atas peruntukan negara. Dana juga boleh memilih untuk melabur dalam ekuiti sama ada secara langsung atau melalui skim pelaburan kolektif RHBAM atau skim pelaburan kolektif lain (termasuk amanah pelaburan hartanah dan dana dagangan bursa). Bagi bahagian pendapatan tetap, Dana boleh melabur dalam instrumen pendapatan tetap dengan syarat pada masa pembelian instrumen tersebut, penerbit atau institusi kewangan mempunyai penarafan minimum ‘A3’ seperti yang dinilai oleh mana-mana Agensi Penarafan Domestik^^ yang bereputasi atau penarafan minimum ‘BBB-’ seperti yang dinilai oleh mana-mana Agensi Penarafan Global^^^ yang bereputasi, tanpa sekatan ke atas tempoh matang instrumen pendapatan tetap tersebut. ^^ “Agensi Penarafan Domestik” merujuk kepada institusi penilaian kredit tempatan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. ^^^ “Agensi Penarafan Global” merujuk kepada institusi penilaian kredit global yang diiktiraf selaras dengan undang-undang berkaitan. Dana juga akan melabur dalam aset cair termasuk instrumen pasaran wang, deposit dengan institusi kewangan dan skim pelaburan kolektif yang melabur dalam instrumen pasaran wang dan/atau deposit dengan institusi kewangan. |
|
| Peruntukan Aset |
Ekuiti | Sehingga 100% daripada NAB. |
| Instrumen pendapatan tetap dan/atau aset cair | Sehingga 50% daripada NAB. | |
| Penanda Aras Prestasi |
Purata wajaran Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas (70%) dan Indeks MSCI AC Asia Pacific tidak termasuk Jepun (30%).
Profil risiko Dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras prestasi.
|
|
| Profil Ahli |
Sesuai untuk ahli yang mempunyai profil risiko tinggi.
Ahli berumur di bawah 45 tahun akan diperuntukkan kepada Dana ini di bawah pilihan lalai. |
|
| Pendedahan Risiko |
Risiko Ekuiti, Risiko Kredit, Risiko Kadar Faedah, Risiko Sekuriti Tertentu, Risiko Kecairan, Risiko Pengagihan Pendapatan, Risiko Derivatif, Risiko Skim Pelaburan Kolektif, Risiko Mata Wang, Risiko Negara | |