| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan untuk menyediakan pertumbuhan modal dan pendapatan dalam tempoh sederhana hingga panjang^ dengan melabur dalam portfolio skim pelaburan kolektif Islam (“CIS”).
Nota: ^ “sederhana hingga jangka panjang” dalam konteks ini merujuk kepada tempoh antara 3–5 tahun.
|
|
| Kategori Dana | Bukan – Teras (Dana Dana (Patuh Syariah)). | |
| Strategi Pelaburan |
Bagi mencapai objektif pelaburannya, Dana ini berusaha untuk melabur sekurang-kurangnya 95% daripada asetnya dalam portfolio CIS Islam yang pelbagai (termasuk amanah pelaburan hartanah Islam dan dana dagangan bursa Islam) bagi mendapatkan pendedahan kepada ekuiti global patuh Syariah, serta instrumen pendapatan tetap Islam global seperti sukuk, instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam. Melalui pelaburan dalam CIS Islam, portfolio CIS Islam tersebut boleh mempunyai sehingga 100% pendedahan kepada ekuiti global patuh Syariah atau sehingga 100% pendedahan kepada instrumen pendapatan tetap Islam global.
Pengurus Pelaburan Luar mengamalkan strategi pelaburan aktif dari segi peruntukan aset Dana. Peruntukan antara CIS Islam dibuat melalui gabungan data makroekonomi, trend kecairan dan prospek untuk menambah (overweight) atau mengurangkan (underweight) pendedahan kepada CIS Islam tertentu. Walau bagaimanapun, setelah keputusan dibuat berhubung peruntukan sebenar, Dana akan mengambil pendirian yang lebih pasif dengan mengekalkan pegangan pelaburan sedia ada. Namun begitu, Pengurus Pelaburan Luar mempunyai fleksibiliti untuk mengubah secara aktif peruntukan aset Dana sekiranya dianggap perlu berdasarkan keadaan pasaran semasa. Memandangkan Dana akan melabur sekurang-kurangnya 95% asetnya ke dalam CIS Islam, strategi dan teknik pengurusan risiko yang digunakan oleh Pengurus Pelaburan Luar termasuk kepelbagaian pelaburan Dana dari segi pendedahan kepada pelbagai CIS Islam. Pengurus Pelaburan Luar akan menjalankan proses saringan yang ketat melalui analisis fundamental, serta pemantauan rapi terhadap prestasi CIS Islam. Pengurus Pelaburan Luar boleh mengambil kedudukan defensif sementara yang mungkin tidak selaras dengan strategi pelaburan Dana sebagai tindak balas kepada keadaan ekonomi, politik atau pasaran yang tidak menggalakkan. |
|
| Peruntukan Aset |
Pelaburan dalam CIS Islam | Sekurang-kurangnya 95% daripada NAB Dana |
| Pelaburan dalam aset cair Islam iaitu instrumen pasaran wang Islam yang didagangkan di atau di bawah peraturan pasaran layak dan deposit Islam | Baki daripada NAB Dana. | |
| Penanda Aras Prestasi |
35% MSCI World Islamic Index + 25% MSCI Islamic Asia Ex Japan Index + 40% kadar Deposit-i Commodity Murabahah 12 bulan RHB Islamic Bank Berhad
Nota: Profil risiko Dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras prestasi.
|
|
| Profil Ahli |
Dana ini sesuai untuk ahli yang mencari pelaburan dalam portfolio aset global yang pelbagai dan mematuhi keperluan Syariah serta sanggup menerima risiko sederhana hingga tinggi bagi pelaburan mereka untuk mencapai pertumbuhan dan pendapatan dalam tempoh sederhana hingga panjang^.
Nota: ^ “sederhana hingga jangka panjang” dalam konteks ini merujuk kepada tempoh antara 3–5 tahun.
|
|
| Pendedahan Risiko |
Risiko Pengelasan Semula Status Syariah, Risiko Kredit/Keingkaran, Risiko Kecairan, Risiko Negara, Risiko Skim Pelaburan Kolektif Islam, Risiko Kadar Keuntungan | |