| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan untuk memaksimumkan jumlah pulangan melalui gabungan pertumbuhan modal jangka panjang^ dan pendapatan semasa# yang konsisten sambil memelihara modal* dengan melabur dalam satu dana sasaran.
Nota: ^ “Jangka panjang” dalam konteks ini merujuk kepada tempoh antara 5 – 7 tahun.
# Pendapatan adalah dalam bentuk unit. * Dana ini bukan dana yang dilindungi modal atau dijamin modal. |
|
| Kategori Dana | Bukan Teras – Teras (Dana Feeder – Seimbang (Patuh Syariah)). | |
| Strategi Pelaburan |
Dana akan melabur terutamanya dalam dana sasaran, iaitu RHB Dana Hazeem (“Dana Hazeem”) yang diuruskan oleh RHBAM.
Kedua-dua RHBAM dan Dana Hazeem dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Walaupun Dana diurus secara pasif, pelaburannya akan diseimbangkan semula dari semasa ke semasa bagi memenuhi urus niaga langganan dan penebusan serta memastikan pengurusan dana yang teratur dan cekap. |
|
| Peruntukan Aset |
Pelaburan dalam unit Dana Hazeem | Sekurang-kurangnya 95% daripada NAB. |
| Pelaburan dalam aset cair termasuk instrumen pasaran wang Islam dan penempatan tunai | 1% hingga 5% daripada NAB. | |
| Penanda Aras Prestasi |
Penanda aras komposit yang terdiri daripada:
Nota: Profil risiko Dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras.
|
|
| Profil Ahli |
Dana ini sesuai untuk ahli yang memerlukan pelaburan patuh Syariah dan sanggup menerima risiko pelaburan sederhana bagi mencapai pertumbuhan jangka panjang^ dan pendapatan#.
Nota: ^ “Jangka panjang” dalam konteks ini merujuk kepada tempoh antara 5 – 7 tahun.
# Pendapatan adalah dalam bentuk unit. |
|
| Pendedahan Risiko |
Risiko Pengurusan, Risiko Pasaran, Risiko Sekuriti Tertentu, Risiko Pengelasan Semula Status Syariah, Risiko Kadar Faedah | |