| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan untuk memaksimumkan jumlah pulangan melalui gabungan pertumbuhan modal jangka panjang^ dan pendapatan semasa# selaras dengan pemeliharaan modal* dengan melabur dalam satu dana sasaran.
Nota: ^ “jangka panjang” dalam konteks ini merujuk kepada tempoh antara 5 – 7 tahun.
# Pendapatan adalah dalam bentuk Unit. * Dana ini bukan dana perlindungan modal atau dana jaminan modal. |
|
| Kategori Dana | Bukan – Teras (Dana penyalur – seimbang (patuh Syariah)). | |
| Strategi Pelaburan |
Dana ini akan melabur terutamanya dalam dana sasaran, iaitu RHB Dana Hazeem (“Dana Hazeem”) yang diuruskan oleh RHBAM.
Kedua-dua RHBAM dan Dana Hazeem dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Walaupun Dana ini diuruskan secara pasif, pelaburan Dana akan diseimbangkan semula dari semasa ke semasa bagi memenuhi urus niaga jualan dan penebusan serta untuk membolehkan pengurusan Dana yang betul dan cekap. |
|
| Peruntukan Aset |
Pelaburan dalam unit Dana Hazeem | Sekurang-kurangnya 95% daripada NAB |
| Pelaburan dalam aset cair termasuk instrumen pasaran wang Islam dan penempatan tunai | 1% hingga 5% daripada NAB. | |
| Penanda Aras Prestasi |
Penanda aras komposit yang terdiri daripada:
Nota: Profil risiko Dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras prestasi.
|
|
| Profil Ahli |
Dana ini sesuai untuk ahli yang memerlukan pelaburan yang mematuhi keperluan Syariah dan sanggup menerima risiko sederhana dalam pelaburan mereka bagi mencapai pertumbuhan dan pendapatan# jangka panjang^.
Nota: ^ “jangka panjang” dalam konteks ini merujuk kepada tempoh antara 5 – 7 tahun.
# Pendapatan adalah dalam bentuk Unit. |
|
| Pendedahan Risiko |
Risiko Pengurusan, Risiko Pasaran, Risiko Sekuriti Tertentu, Risiko Pengelasan Semula Status Syariah, Risiko Kadar Faedah | |