| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan untuk memberikan pertumbuhan modal* melebihi purata dalam tempoh sederhana hingga panjang^ melalui pelaburan dalam satu dana sasaran.
Nota: * “pertumbuhan modal melebihi purata” di sini merujuk kepada pertumbuhan modal yang mengatasi penanda aras Dana dalam tempoh sederhana hingga panjang.
^ “tempoh sederhana hingga panjang” dalam konteks ini merujuk kepada tempoh antara 3 – 7 tahun. |
|
| Kategori Dana | Bukan Teras (Dana Feeder – ekuiti (patuh Syariah)). | |
| Strategi Pelaburan |
Dana ini akan melabur terutamanya dalam dana sasaran, iaitu RHB Dana Islam (“Dana Islam”) yang diuruskan oleh RHBAM.
Kedua-dua RHBAM dan Dana Islam dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Walaupun Dana ini diurus secara pasif, pelaburan Dana akan diimbangi semula dari semasa ke semasa bagi memenuhi transaksi jualan dan penebusan serta untuk memastikan pengurusan Dana yang betul dan cekap. |
|
| Peruntukan Aset |
Pelaburan dalam unit Dana Islam | Sekurang-kurangnya 95% daripada NAB |
| Pelaburan dalam aset cair termasuk instrumen pasaran wang Islam dan penempatan tunai | 1% hingga 5% daripada NAB. | |
| Penanda Aras Prestasi |
Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah.
Nota: Profil risiko Dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras prestasi.
|
|
| Profil Ahli |
Dana ini sesuai untuk ahli yang mencari pelaburan dalam portfolio aset yang dipelbagaikan
dan mematuhi keperluan Syariah. Ahli ini sanggup menerima risiko sederhana hingga tinggi dalam
pelaburan mereka dan lebih mengutamakan pertumbuhan modal berbanding pendapatan dalam tempoh sederhana hingga panjang^.
^Nota: “tempoh sederhana hingga panjang” dalam konteks ini merujuk kepada tempoh antara 3 – 7 tahun.
|
|
| Pendedahan Risiko |
Risiko Pengurusan, Risiko Pasaran, Risiko Sekuriti Tertentu, Risiko Pengelasan Semula Status Syariah, Risiko Skim Pelaburan Kolektif Islam, Risiko Kadar Keuntungan | |