| Objektif Pelaburan |
Dana ini bertujuan untuk menyediakan pemeliharaan modal* bagi pelaburan ahli.
* Ahli dinasihatkan bahawa modal mereka tidak dijamin dan tidak dilindungi.
|
|
| Kategori Dana | Teras (Konservatif) | |
| Strategi Pelaburan |
Bagi mencapai objektif pelaburannya, Dana akan melabur sehingga 100% daripada NAB dalam instrumen pendapatan tetap
yang diterbitkan oleh syarikat Malaysia dan asing atau kerajaan Malaysia atau asing. Dana juga boleh melabur dalam
ekuiti yang tersenarai di Malaysia dan pasaran asing serta sehingga 50% daripada NAB dalam ekuiti berdividen tinggi.
Baki NAB akan dilaburkan dalam aset cair.
Dana boleh melabur dalam ekuiti berdividen tinggi asing yang tersenarai di pasaran Asia Pasifik tidak termasuk Jepun (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Malaysia, Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, New Zealand, Korea Selatan, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand) termasuk ekuiti berdividen tinggi syarikat Asia Pasifik tidak termasuk Jepun yang tersenarai atau didagangkan di pasaran bukan Asia tidak termasuk Jepun. Tiada sekatan akan dikenakan ke atas peruntukan negara. Objektifnya adalah untuk melabur dalam ekuiti yang mempunyai aliran tunai kukuh dan lembaran imbangan yang kukuh bagi menyokong pendapatan dividen yang mampan, bagi mengurangkan turun naik Dana. Dana juga boleh memilih untuk melabur dalam ekuiti berdividen tinggi sama ada secara langsung atau melalui skim pelaburan kolektif RHBAM atau skim pelaburan kolektif lain (termasuk amanah pelaburan hartanah dan dana dagangan bursa). Bagi bahagian pendapatan tetap, Dana boleh melabur dalam instrumen pendapatan tetap dengan syarat pada masa pembelian instrumen tersebut, penerbit atau institusi kewangan mempunyai penarafan minimum ‘A3’ seperti yang dinilai oleh mana-mana Agensi Penarafan Domestik^^ yang bereputasi atau penarafan minimum ‘BBB-’ seperti yang dinilai oleh mana-mana Agensi Penarafan Global^^^ yang bereputasi, tanpa sekatan ke atas tempoh matang instrumen pendapatan tetap tersebut. ^^ “Agensi Penarafan Domestik” merujuk kepada institusi penilaian kredit tempatan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. ^^^ “Agensi Penarafan Global” merujuk kepada institusi penilaian kredit global yang diiktiraf selaras dengan undang-undang berkaitan. Dana juga akan melabur dalam aset cair termasuk instrumen pasaran wang, deposit dengan institusi kewangan dan skim pelaburan kolektif yang melabur dalam instrumen pasaran wang dan/atau deposit dengan institusi kewangan. |
|
| Peruntukan Aset |
Instrumen pendapatan tetap | Sehingga 100% daripada NAB. |
| Ekuiti berdividen tinggi | Sehingga 50% daripada NAB. | |
| Aset cair | Baki NAB. | |
| Penanda Aras Prestasi |
Purata wajaran Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (30%) dan kadar deposit tetap 12 bulan RHB Bank Berhad (70%).
Profil risiko Dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras prestasi.
|
|
| Profil Ahli |
Sesuai untuk ahli yang mempunyai profil risiko rendah.
Ahli berumur 55 tahun dan ke atas akan diperuntukkan kepada Dana ini di bawah pilihan lalai. |
|
| Pendedahan Risiko |
Risiko Ekuiti, Risiko Kredit, Risiko Kadar Faedah, Risiko Sekuriti Tertentu, Risiko Kecairan, Risiko Pengagihan Pendapatan, Risiko Skim Pelaburan Kolektif, Risiko Mata Wang, Risiko Negara | |