Maklumat Am
Siapakah PPA?
Pentadbir Pencen Swasta (PPA) ialah sebuah badan yang diluluskan di bawah Seksyen 139C Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 untuk melaksanakan fungsi penyimpanan rekod, pentadbiran dan perkhidmatan pelanggan bagi ahli dan penyumbang berhubung dengan caruman yang dibuat bagi skim persaraan swasta.
Semua pemohon PRS dikehendaki membuka akaun dengan PPA dan selepas akaun masing-masing berjaya diwujudkan, pemohon PRS tersebut seterusnya dirujuk sebagai ahli PRS.
Apakah yang dilakukan oleh PPA?
PPA memainkan peranan penting dalam menyediakan infrastruktur bagi industri PRS. Objektif utama PPA adalah untuk menyediakan pentadbiran yang cekap serta memperkukuh advokasi dan pembangunan industri.
Pentadbiran Berpusat – Selain menyediakan pengurusan akaun pusat seumur hidup, memudah cara transaksi dan menggalakkan pentadbiran yang cekap bagi membantu pemegang akaun memantau dana PRS mereka, PPA juga mengendalikan pusat panggilan untuk menguruskan pertanyaan berkaitan PRS.
Pembangunan Industri – PPA juga bertindak sebagai pusat rujukan sehenti bagi maklumat berkaitan industri PRS, Penyedia PRS, Pengedar, Skim dan Dana untuk ahli di Malaysia. PPA bertanggungjawab mendidik orang ramai mengenai persaraan dan PRS.
Advokasi – Dalam menyediakan pentadbiran berpusat dan membangunkan industri, PPA berusaha untuk meningkatkan keyakinan orang ramai serta melindungi kepentingan ahli.
Bagaimanakah saya mendapatkan Nombor Akaun Dalam Talian PPA?
Apabila anda membuat pelaburan dan pada masa yang sama membuka akaun PRS dengan Penyedia anda, anda akan secara automatik didaftarkan sebagai ahli akaun seumur hidup dan akan diberikan nombor akaun dalam talian oleh PPA. Akaun dalam talian tersebut menyediakan paparan tunggal yang disatukan bagi membolehkan ahli melihat butiran pelaburan mereka, menyemak transaksi serta mengakses laporan prestasi 24 jam sehari.
Pentadbiran Akaun PPA
Prosedur log masuk kali pertama
Bagaimanakah saya mendaftar Akaun Dalam Talian PPA buat kali pertama / mendapatkan kata laluan Log Masuk Kali Pertama?
Sila klik di sini untuk melihat panduan visual mengenai cara melakukan Log Masuk Kali Pertama.
Bagaimanakah saya menukar kata laluan saya?
Sila klik di sini untuk melihat panduan visual mengenai cara menukar kata laluan anda.
Mengapakah akaun saya telah dikunci?
Akaun anda telah dikunci disebabkan oleh kemungkinan berikut: –
(i) Melebihi jumlah percubaan log masuk yang dibenarkan (lebih daripada 3 kali percubaan); atau
(ii) Kata laluan baharu tidak berjaya disimpan dengan sempurna semasa proses penukaran kata laluan.
Sila hubungi Pusat Panggilan PPA di talian 1-300-131-772 atau e-mel ke AskPPA@ppa.my untuk bantuan lanjut.
Akaun saya telah dikunci dan saya ingin menetapkan semula kata laluan. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila klik pada tab “Lupa Kata Laluan” di sini. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan PPA di talian 1-300-131-772 atau e-mel ke AskPPA@ppa.my.
Saya ingin mengemas kini maklumat peribadi saya, apakah yang perlu saya lakukan?
Sila hubungi Penyedia PRS anda untuk membuat perubahan tersebut atau hubungi Pusat Panggilan PPA di talian 1-300-131-772 atau e-mel ke AskPPA@ppa.my untuk bantuan lanjut.
Ke manakah saya perlu pergi untuk membuat aduan?
Kami akan menganalisis semua aduan dan mengambil kira sama ada aduan tersebut berasas serta selaras dengan peraturan dan garis panduan sedia ada. Sekiranya aduan tersebut merupakan perkara serius yang memerlukan perubahan kepada peraturan atau garis panduan sedia ada, kami akan memanjangkannya kepada pihak pengawal selia untuk pertimbangan lanjut.
Anda boleh mengemukakan aduan kepada PPA melalui saluran berikut: –
Melalui Telefon: 1-300-131-772
Melalui E-mel: askPPA@ppa.my
Kami akan mengesahkan penerimaan semua aduan dalam tempoh 24 jam dan akan berusaha untuk menyelesaikan aduan dalam tempoh 2 hari bekerja (bagi aduan yang tidak memerlukan siasatan) dan dalam tempoh 7 hari bekerja (bagi aduan yang memerlukan siasatan).
