Peranan & Tanggungjawab

Home > Mengenai PPA > Peranan & Tanggungjawab

Visi

To administer and contribute towards the development of the Private Retirement Schemes for the well-being of all Malaysians.

Misi

Pentadbiran

Menyediakan pentadbiran pusat dan perkhidmatan untuk ahli

Pendidikan & Penglibatan

Menyediakan maklumat berkaitan persaraan dan PRS

Advokasi

Meningkatkan keyakinan awam dan melindungi kepentingan ahli

Peranan & Tanggungjawab

PPA memainkan peranan penting dalam menyediakan infrastruktur bagi industri PRS. Objektif utama PPA adalah untuk menyediakan pentadbiran yang cekap serta menyokong advokasi dan pembangunan industri.

Pentadbiran Pusat – Selain menyediakan pengurusan akaun pusat sepanjang hayat, memudahkan transaksi dan menggalakkan pentadbiran yang cekap bagi membantu pemegang akaun memantau dana PRS mereka, PPA juga mengendalikan pusat panggilan untuk menguruskan pertanyaan berkaitan PRS.

Pembangunan Industri – PPA juga bertindak sebagai pusat rujukan sehenti bagi maklumat berkaitan industri PRS, termasuk Penyedia PRS, Pengedar, Skim dan Dana untuk ahli di Malaysia. PPA bertanggungjawab mendidik orang ramai mengenai persaraan dan PRS.

Advokasi – Dalam menyediakan pentadbiran pusat dan membangunkan industri, PPA berusaha untuk meningkatkan keyakinan awam serta melindungi kepentingan ahli.

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.